PERALATAN:
Langkah-langkah eksperimen
1. Letakkan cawan polistrine pada jarak yang
telah ditetapkan.
2. Pegang di bahagian pemegang air cannon
sambil menarik picu yang berada di bahagian belakang alat meriam angin
tersebut.
3. Lepaskan picu meriam angin kearah objek
cawan tersebut.
PENERANGAN
Apabila picu ditarik, getah akan turut tertarik dan menghasilkan tenaga keupayaan pada getah..Apabila picu dilepaskan,getah akan kembali ke bentuk asal dalam masa yang singkat dan menarik bersama diafragma air cannon yang mana ini menyebabkan tenaga keupayaan berpindah kepada diafragma. Diafragma ini seterusnya menghasilkan satu tolakan kuat yang menyebabkan udara di dalam air cannon bergerak keluar dari air cannon. Eksperimen ini boleh dikaitkan dengan Prinsip Keabadian Tenaga.
APLIKASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Pembesar suara menggunakan prinsip yang sama seperti air cannon. Namun dalam pembesar suara, magnet digunakan sebagai ganti kepada tenaga keupayaan getah (dalam konsep air cannon). Diafragma pembesar suara digetarkan menggunakan kekuatan arus elektrik yang melalui magnet pembesar suara.
Credit to : Hayat (PSN science crew)
No comments:
Post a Comment