Monday, September 27, 2010

Kelajuan Bunyi Super Sonic


Kelajuan Bunyi? Apa itu Kelajuan Bunyi?

Bunyi sebenarnya adalah getaran yang terhasil apabila sesuatu bergetar. Contohnya ialah tali gitar, kulit gendang dan juga gelas. Bunyi hanya kedengaran apabila ada medium pengantara contohnya udara,air dan pepejal.

Namun tahukah adik-adik yang udara juga bergetar?
Ya, udara bergetar dan menghasilkan bunyi. Contonya seperti seruling.

Tahukah adik berapa kelajuan bunyi?
Kelajuan bunyi ialah 343 meter sesaat! Laju kan?
Bayangkan dalam masa sesaat, jet yang baru sahaja lalu di hadapan adik-adik telah berada 343 meter jauhnya dari adik.

Kelajuan SuperSonic?
Kelajuan supersonik adalah kelajuan yang melebihi kelajuan bunyi. Sebagai contoh, sekiranya jet melepasi kelajuan bunyi pada 343meter sesaat, jet tersebut akan memecahkan sempadan bunyi dan mewujudkan keadaan seperti di bawah.



Video Jet memecahkan Sound Barrier

2 comments: