Saturday, August 11, 2012

Telaga Graviti

Saya pasti ramai yang pernah melihat objek seperti dalam gambar di bawah. Dan objek/pameran ini dinamakan sebagai "Telaga Graviti".


Di PSNCWU, bola atau guli digunakan dan dilepaskan dari mana-mana bahagian. Bola /guli tersebut akan bergerak menghampiri lubang di bahagian tengah dalam gerakan eclipse dan bukan secara terus masuk ke lubang.

Dari sudut sains, objek ini atau bahan pameran ini dibina sedimikian untuk menerangkan konsep gerakan planet melalui orbitnya.

Dalam pameran ini, lubang mewakili matahari manakala bola/guli tadi mewakili planet.

Seperti bola/guli , planet juga bergerak melalui orbitnya mengelilingi matahari dan orbit planet adalah eclipse atau lonjong dan bukan bulat sepenuhnya.

Rumusannya, semakin jauh planet dari matahari semakin lama masa yang diambil oleh planet untuk melengkapkan pusingan orbitnya!



Pesanan: Jangan tertipu dengan objek seperti ini yang mana dikatakan sebagai lubang nasib, wish hole dan pelbagai lagi. Ilmu sains penting dalam kehidupan kita. Selain memastikan kita tidak tertipu dengan orang yang suka mengambil kesempatan, kia juga dapat mengaplikasikan ilmu sains dalam memudahkan kehidupan kita.

Pesta Sains : Sains & Permainan dengan tagline "mai, main mainan!" pada awal November 2012 di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Kedah.

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah UtaraKedah akan mengadakan Pesta Sains : Sains & Permainan dengan tagline utara " mai, main mainan!" yang akan membawa banyak aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan semua peringkat umur. Berkonsepkan bermain sambil belajar sains pastinya membawa seribu satu manfaat kepada anda semua.

Jangan terlepas untuk bawa seisi keluarga. Dan masuk adalah PERCUMA!

Untuk maklumat lanjut, sila melawat ke blog ini atau website Pusat Sains Negara : www.psn.gov.my dari masa ke semasa.

Jumpa nanti!

Sunday, August 5, 2012

Kata-kata pujangga ilmuwan dunia!


" If  I have seen further than others, it is by standing upon the shoulder of giants" - Isaac Newton.

"You must be change to wish to see in the world" - Gandhi.

" Genius is one percent inspiration, Ninety nine percent perspiration" - Thomas Edison.

" The important thing is not to stop questioning. Curiosity has its own reason for existing" - Albert Einstein.

"Creativity is thinking up new things. Innovation is doing new things" - Theodore Levitt.

" Four things support the world: the learning of the wise, justice of the great, the prayers of the good, and the valor of the brave" - Muhammad S.A.W




Sokongan anda amat diperlukan untuk membantu blog ini terus maju. Silalah tinggalkan pesanan, pertanyaam dan majukan blog ini kepada rakan-rakan agar perkongsian ilmu sains menjadi amalan sesama kita. Mungkin anda mendapat jawapan yang anda cari dan mungkin juga pencarian anda berakhir hampa. Luangkanlah masa 15 saat untuk memajukan komen dan solan. :)

Kongsi komen kat sini
                                                                         

Tuesday, July 31, 2012

PUSAT SAINS NEGARA CAWANGAN WILAYAH UTARA

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) adalah cawangan pertama Pusat Sains Negara. Terletak di alamat Gunung Keriang, Alor Setar , PSNCWU bertanggungjawab untuk memenuhi dan merangkumi negeri-negeri di Wilayah Utara iaitu Kedah, Perlis, Perak dan P.Pinang.

Gambar PSNCWU diambil dari mykedah.org.

Maklumat PSNCWU adalah seperti berikut: 


Waktu Operasi    : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Dibuka untuk pelawat setiap hari kecuali Jumaat)


Harga Tiket           : PERCUMA

Alamat                   :  Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara,  Gunung Keriang, 06500 Alor Setar, Kedah.


No. Telefon/Faks  :  04-735 3373 / 04735 3386

Website                  : www.psn.gov.my


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila ajukan dan saya bersedia untuk membantu. Terima kasih.


Komen & Soalan >>>> sini











Sokongan anda amat diperlukan untuk membantu blog ini terus maju. Silalah tinggalkan pesanan, pertanyaam dan majukan blog ini kepada rakan-rakan agar perkongsian ilmu sains menjadi amalan sesama kita. Mungkin anda mendapat jawapan yang anda cari dan mungkin juga pencarian anda berakhir hampa. Luangkanlah masa 15 saat untuk memajukan komen dan solan. :)

Kongsi komen kat sini