Sunday, July 10, 2011

Jawapan: Magical Math(i) -Algebra

Kita andaikan pilihan anda x

Dalam operasi tadi,

Pilihan anda x didarabkan dengan 2,kemudian ditambahkan dengan 6, kemudian dibahagikan lagi dengan 2 kemudian ditolak dengan nombor pilihan anda iaitu x.
Persamaan algebra boleh ditulis seperti berikut:

(2x + 6)/2-x= Jawapan

Untuk memudahkan pemahaman:
(2x + 6)/2 = Jawapan + x
2x + 6 = 2 (Jawapan + x)
2x + 6 = 2 (Jawapan) + 2x **( kita potong 2x di sebelah kiri dan kanan)
6 = 2 (Jawapan) **(kita pindahkan 2 ke sebelah kiri,jadi 6 bahagi 2)
6/2 = Jawapan
3 = Jawapan

Apapun jua nombor pilihan anda,hasilnya tetap 3 kerana nombor pilihan anda, x telah dimansuhkan/ dihapuskan dalam operasi tadi.

Selamat mencuba!