Wednesday, April 20, 2011

Warna & Perkataan



Warna & Perkataan
Demonstrasi ini berkenaan fungsi otak kiri dan otak kanan. Di sini anda akan diuji dengan ujian menyebut warna dan perkataan.

Sebelum saya mulakan demonstrasi ini, saya ingin bertanya kepada anda, yang manakah lebih sukar menyebut warna atau membaca?

Ya, sepatutnya membaca lebih sukar kerana sebenarnya sebelum anda ke sekolah,anda telah pun pandai menyebut warna kerana diajar dari kecil oleh ibubapa anda.

Bagaimana pula dengan membaca? Anda mula pandai membaca setelah anda masuk ke tadika dan sekolah.

Maksudnya, anda telah pandai menyebut warna terlebih dahulu dari membaca perkataan.


Demonstrasi

Membaca
1. Kita akan bermula dengan membaca perkataan kerana ianya lebih sukar (dari pengalaman kita).

2. Minta seorang rakan untuk menunjukkan perkataan secara rawak dan anda perlu membaca PERKATAAN tersebut secepat yang mungkin.

3. Bagaimana? Mudahkan?



Menyebut
Kali ini kita akan cuba menyebut warna.

1. Langkah yang sama, minta rakan anda untuk menunjukkan perkataan secara rawak,dan anda hendaklah menyebut warna perkataan tersebut (bukan membaca!).

2. Sebut sepantas anda membaca perkataan tadi.

3. Bagaimana? Pastinya ianya akan lebih sukar kerana anda akan cenderung untuk membaca bukan?

Anda boleh cuba mengikut video ini.

Video made by my friend: abdmalayan >>blog.



Keputusan
Anda membaca lebih lancar berbanding menyebut warna tulisan.

Fakta sains di sebalik demonstrasi ini

Sebenarnya demonstrasi ini melibatkan pergunaan otak kiri dan otak kanan, di mana otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi tertentu seperti berikut:

Otak kanan : perasaan, imaginasi,fantasi, simbol dan gambar.
Otak kiri : logik, fakta, realiti, praktikal, perkataan dan bahasa.

Demonstrasi ini juga melibatkan fakta yang mana pengguna tangan kanan adalah dominan berbanding pengguna tangan kiri.


Fakta ekstra
1. Sekiranya anda memikirkan untuk menggerakkan tangan kanan, anda sebenarnya sedang menggunakan otak kiri, begitu juga sebaliknya.

2. Pengguna tangan kiri mempunyai imaginasi dan fantasi yang tinggi ini dikaitkan dengan ramai di antara mereka memiliki bakat dalam bidang lukisan dan artistik.



No comments:

Post a Comment