Friday, September 17, 2010

Egg inside a bottle

Telur di dalam botol? Pelik tapi tidak mustahil. Kita akan lakukan eksperimen ini dengan barang yang ada di rumah adik-adik.
Pastikan minta dan maklumkan ibu bapa adik terlebih dahulu.

Apa yang adik-adik perlukan adalah:
Telur yang telah direbus


Botol yang mulutnya sedikit kecil dari saiz telur.

Mancis



Sedikit minyak masak untuk melicinkan permukaan luar telur.


Apa yang perlu adik-adik lakukan adalah:
1. Kupas kulit telur sehingga bersih
2. Sapukan sedikit minyak masak bagi melicinkannya.
3. Letakkan botol di tempat yang rata.
4. Lakukan ini dalam masa sesegera yang mungkin. Nyalakan mancis,masukkan terus ke dalam botol dan letakkan telur di atas botol.


Apa yang mungkin terjadi?

Anda akan lihat yang telur tersebut secara perlahan disedut ke dalam botol .

Apa yang sebenarnya terjadi?
Apa yang sebenarnya terjadi? Sebenarnya, apabila adik-adik memasukkan mancis yang menyala ke dalam botol, udara di dalam botol akan menjadi panas,mengembang dan keluar dari botol. Kemudian, udara di dalam botol kembali sejuk dan mengecut seterusnya menarik telur sedikit ke dalam botol dan mewujudkan keadaan kedap udara di mulut botol.

Ini bermaksud, tekanan udara di dalam botol lebih rendah berbanding di luar dan membolehkan tekanan tinggi di luar menolak masuk telur ke dalam botol. Disebabkan telur rebus bersifat anjal dan fleksibel, adik-adik berjaya memasukkan telur ke dalam mulut botol yang lebih kecil dari sangkaan adik.


Selamat Mencuba!






1 comment:

  1. terima kasiiih atas idenyaa:)
    sangat menginspirasi percobaan saya:)

    ReplyDelete