Kali ini spike akan berkongsi satu trick yang anda boleh gunakan untuk mengkagumkan rakan anda.
Susunan kotak di atas adalah 1,2,4 & 8. (nombor tersebut adalah nombor pertama dalam kotak yang mempunyai 9 petak)
Langkah-langkah untuk melakukan trick ini adalah:
1. Minta rakan anda untuk memilih satu (1) nombor di antara 1 hingga 15 (maklumkan hanya nombor bundar) dan simpan dalam hati.
Langkah seterusnya memerlukan anda perlu merujuk gambarajah di atas.
2. Kemudian tunjukkan kotak yang pertama kepada rakan anda dan tanyakan samada nombor yang dipilih berada di dalam kotak tersebut atau tidak? Sekiranya ada, anda perlu mengingati nombor pertama dalam kotak tersebut. (Anda perlu mengingati nombor pertama setiap kotak yang mengandungi nombor rakan anda).
3. Seterusnya,lakukan langkah yang sama tetapi dengan menunjukkan kotak nombor yang lain. (Pastikan setiap kotak ditunjukkan sekali sahaja)
4. Langkah yang terakhir adalah tambahkan kesemua nombor pertama setiap kotak yang mengandungi nombor rakan anda.
Hasilnya adalah sama dengan nombor yang dipilih oleh rakan anda.
Hebatkan? Cubalah!
No comments:
Post a Comment