Monday, September 20, 2010

SK RAWANG

Kali ini, Prof Spike berada di SK Rawang, Selangor bersama adik-adik yang begitu bersemangat. Team Demonstrasi Sains Prof Spike pada kali ini ialah Kak Ita, Kak Zarina dan Dollah yang serba boleh.

Demonstrasi Sains atau Science Show sebenarnya hampir sama seperti magic show namun perbezaan yang sebenarnya adalah pada content dan tujuan. Sebenarnya ,adik-adik ni suka pada sesuatu yang luar biasa dan hampir semuanya mereka anggap sebagai magic. Magic amat hebat di mata mereka.

Prof Spike gabungkan magic trick dengan eksperimen sains untuk menarik minat mereka dan dalam masa yang sama memberi pengajaran penting iaitu "Magic hanyalah tipu helah manakala Sains adalah fakta dan dibuktikan dengan eksperimen". Di bawah adalah gambar sepanjang Prof Spike berada di sana.


Adik-adik yang bersabar menunggu Science Show


Magic Wand yang tak jatuh walau genggaman dilepaskan. Adik tu ternganga.



Adik yang sentiasa mengekori dan suka berbual dengan Prof Spike

No comments:

Post a Comment