Tuesday, September 14, 2010

Singing Glass @ Gelas menyanyi

Bahan yang diperlukan ialah :
1. Gelas Kaca
2. Air (untuk di isi ke dalam gelas)


Langkah-langkah eksperimen:

1. Isikan air ke dalam gelas kaca sehingga separuh penuh.
2. Basahkan jari telunjuk anda dan letak di bibir gelas.
3. Geserkan jari anda dengan permukaan bibir gelas sehingga gelas tersebut berbunyi.




Sains disebalik eksperimen ini.

Sebenarnya apabila anda menggeserkan jari ke bibir gelas, geseran tersebut menyebabkan gelas bergetar. Getaran tersebut seterusnya menggetarkan udara di dalam dan di sekitar gelas. Udara yang bergetar seterusnya sampai ke telinga kita dan ditafsirkan sebagai bunyi.

Kesimpulan

Dalam eksperimen ini, bunyi yang dikesan ialah udara yang bergetar. Udara yang bergetar terhasil dari gelas yang bergetar kesan geseran jari pada bibir gelas.



9 comments:

  1. Getaran gelas menyebabkan udara di dalam dan di luar dinding gelas turut bergetar. jadi, getaran udara inilah merupakan bunyi yang telah kita dengar.
    Gelas yang mengandungi air sedikit atau kosong akan menghasilkan nada bunyi yang tinggi kerana lebih banyak udara yang berkumpul di dalam gelas.
    Kesimpulannya, bunyi merupakan getaran udara.

    ReplyDelete
  2. Geseran menyebabkan gelas bergetar.(Getaran merupakan sejenis tenaga).Getaran gelas turut menyebabkan udara di sekeliling gelas bergetar.
    Getaran(tenaga) gelas akan dipindahkan kepada getaran udara yang seterusnya sampai ke telinga kita. Getaran udara tersebut seterusnya akan menggetarkan gegendang telinga kita dan membolehkan kita mentafsir dan mengenali bunyi dari getaran udara tadi.

    Getaran Gelas---> Getaran Udara
    Getaran Gelas+ Udara ---> Getaran Udara Sepenuhnya
    Getaran Udara dikesan oleh gegendang telinga
    (Getaran udara---->getaran gegendang telinga)

    Telinga kita mengenal pasti bunyi.

    ReplyDelete
  3. kesimpulannya,bunyi boleh terhasil dari getaran objek dan udara. Dalam eksperimen ini, bunyi terhasil dari getaran gelas dan udara bertindak sebagai medium untuk memindah getaran (tenaga) untuk dikenalpasti oleh telinga kita.

    ReplyDelete
  4. pemboleh ubah bagi ekperimen ini?

    ReplyDelete
  5. Apakah faktor bagi kelangsingan bunyi?

    ReplyDelete