Tuesday, September 21, 2010

KALEIDOSKOP



Kaleidoskop? Apa itu kaleidoskop?
Kaleidoskop disebut "ka-li-dos-kop". Kaleidoskop adalah satu teropong cermin yang mempunyai cebisan kecil berwarna seperti manik. Pemerhati akan melihat salah satu hujung dan cahaya memasuki hujung yang satu lagi akan memantulkan imej di cermin Kaleidoskop. Konsep kaleidoskop adalah multiple reflections atau pantulan berganda di cermin Kaleidoskop. Imej yang terhasil sangat cantik menyebabkan penciptanya iaitu Sir David Brewster menamakannya Kaleidsokop iaitu observer of beautiful forms atau pemerhati bentuk yang cantik pada tahun 1817.


Bahan yang diperlukan adalah:


Salotep


Gunting


Plastik tebal (3cm x 3cm)


Kertas Keras & Kertas kilat/ silver Mylar


Manik @ wayar yang dipotong kecil



Langkah-langkah eksperimen
1. Susun kad / silver Mylar (seperti gambar di bawah) dan jarakkan sedikit.



2. Lekatkan dengan salotep supaya ketiga-tiga kad/ silver mylar tidak berpisah (seperti gambar di bawah)


3. Sekarang, lipat kad /silver mylar membentuk seperti teropong segitga (seperti gambar di bawah) dan lekatkan dengan menggunakan salotep.



4. Kemudian, tutup salah satu segitiga tadi dengan menggunakan plastik tebal (seperti gambar di bawah).


5. Masukkan manik /cebisan wayar ke dalam teropong segitiga (seperti gambar di bawah) dan tutup hujung yang satu lagi seperti langkah 4.


6. Akhir sekali, tutup hujung yang satu lagi seperti langkah 4 dan Kaleidoskop adik dah pun siap.

14 comments:

  1. well done...hope boleh jadi panduan kepada para pelajar

    ReplyDelete
  2. Yang benda kecil2 tu tak boleh tukar dengan bende lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh asalkan benda Tu muat untuk letak Dalam terowong tu

      Delete
  3. kat mana nak beli kad cermin tu?

    ReplyDelete
  4. VIJEYA LETCHUMI A/P N.SHANMUGAMOctober 11, 2018 at 7:26 AM

    VERY VERY NICE BRO.THIS IS MY SCIENCE PROJECT ALSO.THANK YOU FOR GAINING ME THE 20 POINTS.

    ReplyDelete
  5. apa fungsi kaleidoskop ni??

    ReplyDelete