Pada 11 Februari yang lalu, Krew Musical Science Show telah melaksanakan Musical Science Show (MSS) di Pusat Sains Negara. MSS telah dilaksanakan dua kali iaitu pada sesi 12.00 tengahari dan 3.00 petang. Demonstrator untuk sesi pertama adalah Prof. Din & Prof. Nano, manakala pada sesi kedua adalah saya sendiri, Prof Spike bersama Prof Din. Alhamdulillah, semua kerusi di Auditorium hampir penuh dan sambutan yang diberikan amat-amat memberansangkan. Bertuah audien yang hadir pada hari itu kerana kami menunjukkan eksperimen kami yang terbaru dan khas untuk Hari Terbuka. Di sini saya sisipkan gambar-gambar sempena Musical Science Show- Fire !
Prof Spike menunjukkan perbezaan gas Helium & gas SF6 (Sulphur Hexaflouride)
Prof Din & Prof Spike
Audien memcuba gas Helium.
Audiens yang memenuhi hampir semua kerusi di Auditorium.
Fire on your hand Spike!
Audien yang 'sporting' dan menikmati pembelajaran sains.
Prof Din menyanyikan lagu "Tangan Terbakar" bersama audien yang mencuba eksperimen ini.
Prof Din mencuba sendiri eksperimen "Tangan Terbakar".
Untuk makluman semua, ini adalah modul terkini Musical Science Show iaitu Fire!
No comments:
Post a Comment