Showing posts with label Program SciKids 2010. Show all posts
Showing posts with label Program SciKids 2010. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

SciKids Bersama Angkasawan Negara






Salam,adik-adik semua. Kita bertemu lagi. Kepada adik-adik SciKids,jangan lupa apa yang anda belajar di Pusat Sains Negara. Cubalah amalkan dalam kehidupan seharian adik. Ingat ilmu tanpa amal tiada gunanya. Apepun, Abg Aziz yakin adik-adik akan gunakan pengetahuan dan pengalaman yang adik perolehi di Pusat Sains Negara dan diaplikasikan dalam pelajaran dan kehidupan adik-adik. Oklah.

Kali ni Abang Aziz nak kongsikan gambar adik-adik SciKids 2010 bersama Angkasawan Pertama Negara iaitu Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada hari selasa 28 September 2010. Adik-adik SciKids 2010 bertuah kerana bukan semua orang mampu bertemu Angkasawan Negara. Dan peluang bersua muka dengan Dr. Sheikh Muszaphar digunakan sepenuhnya dengan mengajukan pelbagai soalan berkenaan Program Angkasawan. Boleh dikatakan, slot bersama Angkasawan Negara adalah slot yang Abang Aziz lihat adik-adik semua bersemangat bertanyakan soalan.

Adik-adik SciKids, Guru Pengiring & Fasilitator yang kusyuk mendengar ceramah Program Angkasawan Negara


Sesi Mengambil Buku Mengembara Ke Angkasa yang ditulis sendiri oleh Angkasawan Negara. (Luqman392-orang pertama yang dapat buku. Ya, Abang Aziz ingat Luqman392 Alhamdulillah Syukur)


Dr. Sheikh Muszaphar menandatangani buku khas untuk adik-adik SciKids 2010.

Adik Amirul antara yang berkesempatan bergambar berdua bersama Angkasawan.


Gambar beramai-ramai Adik-adik SciKids,Guru, Fasilitator dan Uruseatia bersama Angkasawan Negara.

Pastinya kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh adik-adik SciKids. Abang Aziz nak dengar sikit apa komen adik-adik SciKids setelah berjumpa Angkasawan.