Showing posts with label Eksperimen Sains. Show all posts
Showing posts with label Eksperimen Sains. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Erupting Volcano



Erupting Volcano











Bahan-bahan
1. SerbukPenaik / Baking Soda
2. Cuka / Vinegar
3.
Plasticine
4. Botol
5. Bekas


Eksperimen


1. Balut botol dengan menggunakan plasticine untuk membentuk gunung berapi seperti gambar di bawah.
2. Masukkan ke dalam bekas bagi menampung cecair yang terhasil dari eksperimen.
3. Masukkan satu sudu serbuk penaik ke dalam gunung berapi anda.
4. Masukkan 50 mL cuka ke dalam gunung berapi.



Keputusan
Anda akan melihat buih-buih udara keluar dari gunung berapi anda.

Kesimpulan
Serbuk penaik bertindakbalas dengan cuka menghasilkan buih yang mengandungi gas karbon dioksida.

Aplikasi dalam kehidupan seharian
Boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat.


Fakta Sains Di sebalik Eksperimen

Serbuk penaik adalah bahan kimia yang dipanggil sebagai sodium bikarbonat (NaHCO3). Sekiranya sodium bikarbonat dimasukkan ke dalam air, ianya akan terurai kepada ion sodium (Na+) dan ion bikarbonat (HCO3- ) .

NaHCO3 ---> Na+(aq) + HCO3-(aq)


Cuka, adalah asid acetic (cuka-acid lemah: rasa masam). Asid acetik (CH3COOH) sekiranya di dalam air, sebahagiannya terpisah menjadi ion hidrogen ( H+) dan ion acetate (CH3COO-)

CH3COOH <---> H+(aq) + CH3COO-(aq)

Eksperimen ini melibatkan dua tindakbalas iaitu:
i) tindakbalas asid-bes diikuti;
ii) tindakbalas pemecahan semula

Apabila sodium bikarbonat dan cuka dicampurkan, ion hidrogen dari cuka akan bertindakbalas dengan ion bikarbonat (HCO3- ) dari serbuk penaik untuk membentuk satu bahan kimia baru iaitu asid karbonik (H2CO3).
H+ + HCO3- ---> H2CO3

Asid karbonik (yang tidak stabil) seterusnya terurai kepada gas karbon dioksida(CO2) dan air(H2O).

H2CO3 ---> H2O + CO2

Hasil eksperimen: Buih-buih yang mengandungi gas karbon dioksida(CO2)



Fakta Ekstra
Menggunakan struktur molekul komponen / bahan yang terlibat, tindakbalas kimia tersebut boleh ditulis seperti berikut:

baking soda and vinegar reaction


Tindakbalas kimia keseluruhan kebiasaannya ditulis seperti berikut :

NaHCO3 (aq) + CH3COOH (aq) ----> CO2 (g) + H2O (l) + CH3COONa (aq)


Friday, September 17, 2010

Egg inside a bottle

Telur di dalam botol? Pelik tapi tidak mustahil. Kita akan lakukan eksperimen ini dengan barang yang ada di rumah adik-adik.
Pastikan minta dan maklumkan ibu bapa adik terlebih dahulu.

Apa yang adik-adik perlukan adalah:
Telur yang telah direbus


Botol yang mulutnya sedikit kecil dari saiz telur.

Mancis



Sedikit minyak masak untuk melicinkan permukaan luar telur.


Apa yang perlu adik-adik lakukan adalah:
1. Kupas kulit telur sehingga bersih
2. Sapukan sedikit minyak masak bagi melicinkannya.
3. Letakkan botol di tempat yang rata.
4. Lakukan ini dalam masa sesegera yang mungkin. Nyalakan mancis,masukkan terus ke dalam botol dan letakkan telur di atas botol.


Apa yang mungkin terjadi?

Anda akan lihat yang telur tersebut secara perlahan disedut ke dalam botol .

Apa yang sebenarnya terjadi?
Apa yang sebenarnya terjadi? Sebenarnya, apabila adik-adik memasukkan mancis yang menyala ke dalam botol, udara di dalam botol akan menjadi panas,mengembang dan keluar dari botol. Kemudian, udara di dalam botol kembali sejuk dan mengecut seterusnya menarik telur sedikit ke dalam botol dan mewujudkan keadaan kedap udara di mulut botol.

Ini bermaksud, tekanan udara di dalam botol lebih rendah berbanding di luar dan membolehkan tekanan tinggi di luar menolak masuk telur ke dalam botol. Disebabkan telur rebus bersifat anjal dan fleksibel, adik-adik berjaya memasukkan telur ke dalam mulut botol yang lebih kecil dari sangkaan adik.


Selamat Mencuba!






Thursday, September 16, 2010

Magical Card Curve

Kali ini adik-adik akan buat rakan adik kagum dengan eksperimen Magical Card Curve

Bahan yang diperlukan:
Kertas /Manilakad /kertas keras
Gunting

Langkah-langkah eksperimen:
1. Gunting dua Kad Lengkung seperti dalam gambar di bawah.(Gunakan dua kertas yang berbeza warna untuk senang membezakan di antara dua kad)

2. Pastikan saiz kedua-dua kad sama manakala saiz lengkungan kedua-dua belah berbeza.
3. Sekarang kita bandingkan kad berwarna kuning dan Kad berwarna Oren. Yang mana kelihatan lebih panjang?



4. Sekarang pusing kad tadi, bandingkan lengkungan panjang kad berwarna kuning dengan lengkungan pendek kad berwarna merah oren. Yang mana lebih panjang sekarang?

5. Pelik kan? Dalam langkah ke ketiga tadi,kad kuning kelihatan lebih panjang dari kad oren, tapi kini kad oren pula yang kelihatan lebih panjang!!

Bagaimana ini terjadi?
Perkara ini terjadi disebabkan oleh sudut fokus pandangan kita adalah kecil. Walaupun kita mampu melihat keseluruhan kad,namun kita hanya mampu fokus kepada sudut pandangan yang kecil untuk membuat perbandingan.

Dalam erti kata lain, adik-adik cenderung untuk membandingkan lengkungan yang bersebelahan . Dalam langkah ke 3, adik-adik akan melihat kad berwarna kuning lebih panjang berbanding kad berwarna oren, ini kerana adik-adik melihat dan membandingkan lengkungan panjang kad berwarna kuning dengan lengkungan pendek kad berwarna oren. Disebabkan lengkungan kad kuning lebih panjang, otak adik-adik akan menafsirkan kad kuning lebih panjang dari kad oren. Begitu juga yang terjadi pada langkah ke 4.

Tunggu apa lagi, CUBALAH!!!