Saturday, August 11, 2012

Telaga Graviti

Saya pasti ramai yang pernah melihat objek seperti dalam gambar di bawah. Dan objek/pameran ini dinamakan sebagai "Telaga Graviti".


Di PSNCWU, bola atau guli digunakan dan dilepaskan dari mana-mana bahagian. Bola /guli tersebut akan bergerak menghampiri lubang di bahagian tengah dalam gerakan eclipse dan bukan secara terus masuk ke lubang.

Dari sudut sains, objek ini atau bahan pameran ini dibina sedimikian untuk menerangkan konsep gerakan planet melalui orbitnya.

Dalam pameran ini, lubang mewakili matahari manakala bola/guli tadi mewakili planet.

Seperti bola/guli , planet juga bergerak melalui orbitnya mengelilingi matahari dan orbit planet adalah eclipse atau lonjong dan bukan bulat sepenuhnya.

Rumusannya, semakin jauh planet dari matahari semakin lama masa yang diambil oleh planet untuk melengkapkan pusingan orbitnya!



Pesanan: Jangan tertipu dengan objek seperti ini yang mana dikatakan sebagai lubang nasib, wish hole dan pelbagai lagi. Ilmu sains penting dalam kehidupan kita. Selain memastikan kita tidak tertipu dengan orang yang suka mengambil kesempatan, kia juga dapat mengaplikasikan ilmu sains dalam memudahkan kehidupan kita.

1 comment: